Kerjaya perniagaan dan kehidupan peribadi Mukhriz_Mahathir

Beliau pergi ke Universiti Sophia, Tokyo pada tahun 1982, di mana beliau menerima ijazah sarjana muda dalam pengurusan perniagaan. Beliau kemudiannya menerima ijazah sarjana muda dalam pemasaran selepas menamatkan pengajian dari Universiti Boston pada tahun 1987.[18][19]

Beliau banyak mengadakan hubungan perniagaan yang besar seperti Opcom Holdings,[20][21] Kosmo Tech[22] atau lebih dikenali sebagai Persatuan Francais Malaysia.[23] Selain itu, beliau juga berketurunan India Muslim dan pengarah eksekutif dalam Perdana Peace Global Foundation.[24]

Mukhriz berkahwin dengan Datin Paduka Norzieta Zakaria pada 14 November 1993,[25] dan mempunyai empat anak. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat vaksin kanser Malaysia, Bioven.[26]

Rujukan

WikiPedia: Mukhriz_Mahathir http://202.188.124.45/umno2004/foto.php?cat=2004&p... http://www.mynewshub.cc/2016/02/03/mukhriz-hanya-m... http://atimes01.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/F... http://bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?... http://bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=145... http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgenera... http://www.islamonline.com/cgi-bin/news_service/wo... http://www.malaysiakini.com/news/78398 http://www.mukhriz.com http://www.mukhrizmahathirfc.com